BANTU ANAK YATIM DAN ASNAF RAUDHATUL NURR JANNAH MEMILIKI RUMAH PERLINDUNGAN KEKAL

Dimulakan pada:
16 Feb, 2026
BANTU ANAK YATIM DAN ASNAF RAUDHATUL NURR JANNAH MEMILIKI RUMAH PERLINDUNGAN KEKAL
75.00%
RM3,750
/RM5,000
146
penyumbang
316
baki hari

Tentang Kempen

Pertubuhan Raudhatul Nurr Jannah terpaksa keluar dari rumah perlindungan di Gombak selepas pemilik mahu menjual, menyebabkan Sijil Jabatan Kebajikan Masyarakat ditarik dan anak-anak yatim dipulangkan

Sejak 9 tahun lepas, Pertubuhan Raudhatul Nurr Jannah telah bertempat di sebuah rumah tiga tingkat di Gombak. Tetapi sejak Disember 2023, kami terpaksa keluar dari rumah ini kerana pemilik rumah ini mahu menjual rumah tersebut dan tidak mahu menyewakannya lagi.

“Bila kami terpaksa keluar dari rumah ni, JKM tarik semula Sijil Sah Perakuan. Jadi sekarang kami sudah tidak di bawah JKM.” - Puan Zurina, pengasas Pertubuhan Raudhatul Jannah.

Kini, anak-anak ini tidak dapat lagi tinggal bersama di bawah rumah perlindungan ini. Mereka semua telah dipulangkan semula kepada waris mereka kerana rumah Raudhatul Nur Jannah tidak boleh beroperasi tanpa kebenaran JKM.

Telah banyak kos pengubahsuaian yang dilakukan di rumah ini bagi menepati piawaian yang dikehendaki. Itu belum termasuk masa dan usaha yang telah dilaburkan untuk menjadikan rumah ini rumah yang selamat dan selesa untuk didiami oleh anak-anak yatim ini. Tapi, kini ianya sia-sia apabila mereka tidak lagi dibenarkan tinggal di situ.

Sayang rasanya melepaskan rumah yang menyimpan 1001 kenangan anak-anak yatim selama 9 tahun di sini. Oleh itu, kami memilih untuk tetap terus tinggal dan memiliki rumah ini.

Usaha Puan Zurina membeli rumah ini adalah untuk terus menjaga dan mengasuh anak-anak dari persekitaran yang negatif dan mendidik mereka menjadi orang yang berjaya dan cemerlang.

Walaupun sekarang anak-anak tidak lagi dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung, tetapi kebajikan mereka masih dijaga oleh Puan Zurina walaupun ianya jadi satu kesukaran buat pihak pengurusan untuk memantau dan berhubung dengan setiap satu anak-anak.

Dengan ini, seluruh pengurusan dan anak-anak yatim di Radhatul Nurr Jannah memohon jasa baik anda semua untuk menyalurkan sumbangan agar rumah perlindungan mereka dapat dimiliki secara kekal.

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 05, 2026
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 05, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 02, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL
PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF