SINAR KASIH RAMADHAN

Dimulakan pada:
20 Feb, 2023
SINAR KASIH RAMADHAN
104.13%
RM15,619
/RM15,000
490
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kehadiran Ramadhan adalah tarbiah buat kita. Amat rugi jika kita tidak menggunakan peluang bersedekah ini sebaik mungkin. Jom bantu orang yang tidak berkemampuan berbuka dan bersahur makanan khasiat!

PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN YBK X PPIM

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya amat dinantikan setiap umat Islam di seluruh negara. Pahala semakin bertambah dan keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.

Puasa memberi keinsafan kepada mereka yang kaya dan mempunyai limpahan rezeki untuk menyedari bahawa inilah kelaparan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin perut kita berkeroncong dalam jangka masa 8 jam sahaja, kemudian sewaktu berbuka kita dilimpahi dengan nikmat dan juadah yang berbagai rasa. Sedangkan ada di kalangan saudara kita masih berlapar walaupun azan maghrib berkumandang di udara menandakan waktu berbuka sudah bermula. Pada mereka berpuasa dengan tidak berpuasa sama sahaja.

Maka perkara ini kita tidak boleh terlepas pandang begitu sahaja. PPIM bersama YBK mengambil berat akan hal ini dan bersedia membantu mereka yang memerlukan khususnya yang tidak berpeluang untuk menikmati juadah ketika iftar dan sahur. Puasa memberi tarbiah kepada kita sebagai saudara Islam mengenai penderitaan orang yang kurang bernasib baik. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW:

“Siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya maka ia bukan di kalangan kami.”

Penerima sumbangan akan menerima RM600 tunai dari Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk satu keluarga. Selain daripada itu, mereka juga akan menerima barang keperluan asas seperti:

1. Beras

2. Minyak Masak

3. Ayam / Ikan

4. Tepung

5. Mee Hoon

6. Sardin

7. Gula dan Garam

8. Kurma

Ayuh terus mengukir senyum dan tawa buat mereka. Memberi saat mereka memerlukan dan saat kita masih punya upaya. Jadikan Ramadhan ini sebagai usaha untuk kita menjadi Mukmin yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga ia menjadi permulaan untuk kita berhijrah menjadi yang terbaik.Kami titipkan doa buat anda dermawan yang disayangi Allah agar dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda lagi dan sentiasa berlapang hati untuk membantu insan-insan yang dalam kesulitan. Amin Ya Rabb.

“Dan segala apa yang kamu belanjakan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kamu hanya membelanjakan itu hanya untuk menempa keredhaan Allah, dan segala apa yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu, sedangkan kamu tidak akan dirugikan:” (Al-Baqarah. 272)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

31 Mar 2023

Assalamualaikum wbt. Buat pengetahuan para penyumbang. Kali ini team PPIM dan YBK mengagihkan kurma ke kawasan kampung dan kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, ini juga adalah usaha dari anda semua. Terima kasih para penyumbang!

21 Mar 2023

Assalamualaikum wbt. Buat pengetahuan para penyumbang. Pihak kami telah mula mengagihkan hasil sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan secara berperingkat. Alhamdulillah, ini juga adalah usaha dari anda semua. Terima kasih para penyumbang!

Rujukan Terkini

1
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah

1
!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN
BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
DANA BANTUAN BAIK PULIH RUMAH WARGA EMAS WANITA NUR EHSAN JOHOR
Kempen Sumbangan Tamat