Van jenazah buat komuniti setempat amatlah penting. Keperluan perkhidmatan van serbaguna di setiap kawasan zon-zon terlibat merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada anak-anak kariah dalam perkhidmatan pengurusan jenazah dan lain-lain.

Kami memerlukan sedikit lagi dana untuk pihak surau berjaya membeli van jenazah ini. Tanpa bantuan anda semua, Hasrat masyarakat setempat tidak dapat terlaksana. Pihak surau sebolehnya ingin memudahkan urusan keluarga jenazah dengan pengurusan kematian yang lebih cepat jika van jenazah ini tersedia. Pihak keluarga tidak perlu menunggu lama untuk menguruskan mayat ahli keluarga mereka.

Selain itu, Jika sebelum ini van jenazah hanya digunakan dengan fungsi membawa jenazah sahaja, maka kini dengan perluasan penggunaan van pelbagai guna, fungsinya telah ditambah kepada penggunaan untuk membawa penumpang, membawa jenazah dan juga kerja-kerja kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat.

“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!

Untuk makluman para penderma, pembelian van kini dalam proses akhir untuk menyediakan segala dokumen dan juga kelulusan Puspakom sebelum diserahkan sepenuhnya kepada pihak surau.
Pihak surau merakamkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama pihak sumbangan.com dalam menjayakan program ini serta kepada penyumbang yang banyak menginfak. Alhamdulillah semoga tuan/puan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT hendaknya. In Shaa Allah, Allahumma Aamiin.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini